Pages

Tuesday, 14 May 2013

jAnji yang tErsimpan ...

 ಥ_ಥ  bUkan mengenang pada CINTA yang telah terkubur . Cuma tetiba memori lalu berputar kembali. . kita hanya manusia biasa yang xmampu lari dari kenyataan hidup . siapa yang mampu diantara kita yang dapat lari semua masalah yang hadir dan semua kenangan yang tiba-tiba menyapa kita ? tidak siapa yang mampu walaupun terpaksa menipu untuk menyenangkan hati pihak lain. Kerana Ego dalam diri , kita menafikan segala-galanya . Berfikirlah secara positif sebelum segala-galanya menjadi negatif dan seterusnya menjadi VIRUS tanpa PENAWAR ! 

 ب_ب Aku , satu-satunya insan yang xmampu lari dari CINTA . Ya , aku masih ingat kata-kata Ex Boy aku . ''Kau memang xboleh hidup tanpa CINTA kan ?''.  '' Yaa ,''! kataku... 
bagi aku , cinta sumber kekuatan aku . Bila ada orang yang sudi mencurah kasih , siapa yang mahu menolak ? ibarat kucing mana yang tolak Ikan ??

♣ tapi , bukan topik ini yang mahu aku kongsikan . Ini berkisah tentang Janji antara aku & dia yang telah lama terkubur tanpa pusara yang pasti . Aku mula mengenali dia sewaktu aku berumur 14 , tingkatan dua pada waktu itu . dan pada setiap hujung minggu , aku mengikut ayah saudara aku untuk berniaga dipasar malam yang berdekatan. Didepan gerai ku adalah gerai yang menjual berbagai jenis sayur-sayuran . Dan digerai tempat aku menolong saudaraku pula hanya gerai yang menjual kerepek dan air sahaja . . 

♣ Pada minggu berikutnya , aku mengikut lagi ayah saudaraku . Dan ketika orang sudah lenggang dan membolehkan aku untuk berehat bersantai . Aku mencapai handphone Maklang , maklumlah masa tu aku belum ada'' PAS HIJAU'' untuk memakai handphone sendiri . . secara tiba-tiba aku terpandangkan lelaki didepan gerai aku . Dia tersenyum , aku membalas . Dia membuat isyarat meminta nombor handphone , pada mulanya aku tidak faham dengan isyarat tersebut ,tetapi setelah diamati aku mengerti lantas aku menggeleng tanda tidak punya nombor . . hari semakin lewat , malam kelam mula menyapa , aku dan yang lain-lain mula mengemas apa yang patut . Dan tiba-tiba aku didatangi Dia ..........

♣ Nombor masih ditangan . dengan apa aku nak Call dia ? Aku dah cakap , aku xada Handphone..  dengan nombor yang masih bertulis diatas kertas ku sisipkan ke poket seluar .. Pada keesokan hari , aku cuba hubungi dia dengan menggunakan telefon bimbit kawan, tapi topap aku sendiri isi laaa...  Dan start pada hari itu , aku mula berhubung sehingga lah dia berikan aku telefon bimbitnya untuk memudahkan kami untuk berhubung . Tapi ,, aku harus sembunyi-sembunyi guna handphone ..kalau kantoii ,habislaahhhh ! 

♣ Aku mula menjalin cinta dengannya . Aku yang masih ditingkatan Dua , dan Dia ditingkatan Empat . Tapi , sekolah yang lain-lain . Pernah satu hari , dia dan kawannya datang menjemput aku pulang . tapi takat belakang KFC je yang mampu . Itupun atas permintaan ku .. BAHAYA BEB !  Katanya, aku perempuan pertama dalam Hidup . boleh percaya x?? tapi , aku tengok dia macam kekok dalam segala hal cinta .pegang tangan pon dia xnak ,, pelikk ! tapi lama-kelamaan aku mula mengerti . bahawa mindanya masih kosong dalam CINTA . tidak mengapa , aku akan MENGISINYA ...

♣setiap kali ada masa terluang , kami berjumpa . Merajuk , cemburu pastinya ada . Gaduh-gaduh manja pada mulanya , lama-kelamaan . GADUH ribut dehh .. Kami berjumpa tidak berdua , dia membawa peneman , begitu jua aku . Emm , kawan aku dah jadi syok kat kawan diaa , Nama pon nak dekat sama ngn pakwe aku masa tUe . Bila bersembang ngan kawan aku . Mesti tersasul yang lain .HaHaHA.. 

♣ Cinta kami berlarutan sehingga aku ditingkatan 5 , dan dia dah habis pengajian . sepanjang itu pun , kapel putus - kapel putus . macam-macam janji yang telah diukir . angan-angan kahwin ,bilangan anak , .. tapi semua tu...... bila aku rasa yang hati dia semakin tawar untuk aku ,membuat aku berfikir . masih adakah aku dalam hati dia ? masih maniskah rindu dia kat aku ? dAn sejak tu , aku mula aktif dalam dunia maya iaitu Facebook . DAn dalam facebook , aku meluah segala rasa yang terpendam . Request friend yang aku terima , aku confirm tanpa melihat satu persatu siapakah mereka. Dia tidak mahu ada relay dalam facebook sebab takut malu dengan family. logikkah ?? sedangkan keluarganya tahu siapa aku ...tapi aku terima dengan haty yang terbuka tanpa berfikiran positif .kerana sayang kuturutkan segala sakit yang ada dalam hati .ku relakan segala perbuatannya yang selalu mengabaikan aku .dia lebih mementingkan bola dari aku . andai ada kuasa magik ,ingin aku berubah menjadi bola agar selalu dekat dengannya walaupun aku tahu ada kemungkinan aku untuk disepak seperti bola-bola yang lain.. 

♣ berminggu-minggu aku diabaikan tanpa rasa rindu dihatinya . Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki difacebook. . dAn hati aku telah berpaling kearah lelaki baru ni. Dan sejak pada tu ,kami mula berhubung melalui Webcam ,handphone dan skype.. Hilang segala cinta, rindu ,kasih dan sayang aku pada siDia yang telah membuang aku tanpa pamitt .. Selalunya aku susah untuk buang dia , tapi bila difikirkan balik sampai bila aku nak jadi patung boneka untuknya lantas aku buat keputusan untuk memilih lelaki yang kukenali di facebook . Betapa berkecainya hati ,tapi aku tahankan jua air mata yang ingin mengalir ..  



♣DaN Sehingga kehari ini , sudah tiada khabar berita darinya . Aku mendoakan agar dia berjaya dalam hidup :) dan bahagia disamping insan yang disayangi ..



2 comments:

  1. sedey juga ya..lumrah cinta, begitulah..

    nanti follow I ya..tq..
    http://dearlykate.blogspot.com/

    ReplyDelete