Pages

Tuesday 15 November 2016

MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Assalamualaikum ..

                                 'ANDAI MASA DAPAT DIPUTAR KEMBALI '
Andailah . Andai ianya dapat diputar. semua org inginkannya . Untuk apa ? Mungkin untuk memperbaiki setiap kesilapan-kesilapan mereka . Begitu jua aku 😑 .

Setiap hari . menghitung setiap kenangan . Mampukah utk aku padam ? walaupun ianya sudah pun lama berlalu . Namun hati ini degil ! Ya , Degil !

Tipulah sebanyak mana pun perasaan itu . Namun hati sering menidakkanya . apakan daya , pesan pada diri . Dia milik org .

PELAMIN ANGANKU MUSNAH 😢

YA. Ditarikh itu , dia SAH MILIK ORANG ! Bagaimana aku ? Mampu ke aku ? Untuk Lupa semua nya ? Mampukah ? Perlahan-lahan kulepaskan semua rasa . Perlahan-lahan ku hapus semua harapan . Perlahan-lahan ku hapus semua kenangan dan janji-janji . Jujur ke ni ?

SEMOGA AKU DAPAT LUPAKANNYA ! DOAKAN & AKU PUN TAK LAMA LAGI AKAN MENAMATKAN ZAMAN BUJANGKU JUA. SEMOGA DENGAN INI DAPAT MEMBIARKAN SMEUANYA BERLALU & MENJAGA CINTA YANG HADIR UTK KU .

MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Thursday 11 February 2016

terima kasih banyak-banyak buat keluarga terutam Mak & Ayah . Alhamdulillah selesai majlis kecil-kecilan pertunangan kami pada 8/2/16 :)















Monday 30 November 2015

LEPASKAN RASA , IKHLASKAN HATI

Assalamualaikum , 

sudah lama sangat rasanya cik lola xupdate kat sini . Mungkin atas sebab beberapa kekangan .
kenapa dengan tajuk entry kali ni ? lepaskan rasa , ikhlaskan hati ? mungkin sebab putus cinta ? jodoh tak panjang ? 

Begitula, kehidupan ni. Bercinta dengan manusia ni hati kena la redha,ikhlas dengan apa yg ALLAH dh tentukan buat kita. pasangan kita pun manusia biasa , yg tak lari dari membuat silap. Namun , untuk kali ni , adalah penceritaan yg sebenar.

Sibuk mengejar harta , wang , sempurna , cinta yg lain  dan akhirnya apa yang sudah kita genggam rapi akhirnya terlerai . Hari semakin hari menjadi lupa siapa diri ? siapa dia ? mana Sang Kekasih ? mana Sang Arjuna ? semua tu hilang sedikit lama sedikit. Alpa diri , kini menyesal tak guna.. 

Hati ini tetap mahukan dirinya . dirinya yang sanggup susah senang bersama-sama .sudah ku lihat masa depan ku nanti bila bersamanya , namun semua tu .. :(

Genap setiap bulan tarikh ulangtahun , sendiri 'wish' .untuk apa ? Untuk rasa dia tetap ada & tak kan pernah hilang kemana2.  Baru ni sudah genap 4 tahun ulantahun kami , sendiri aku . melayan rasa , senangkan hati ,ber imaginasi seperti kau ada disisi tapi aku sedar aku sendiri , keseorangan. Mana Sang Arjuna ? sudah bahagia d'samping orang baru.

lebih menyakitkan hati ini , serasa mahu pecah hati ini. berguguran jua air mata . aku mengalah untuk mengharap pada yang dah tak sudi . Kau kini sudah menjadi miliknya . APAKAN DAYA , KHILAFKU. ! MAAFKAN AKU !  aku kena pasrah , kena kuat . dia yg aku paling sayang . tak mampu untuk aku buka hati ni untuk mana-mana lelaki , tak kan ada yg seperti dia , TAK KAN ADA ! 


Tuesday 3 December 2013

Pelukis Hati / spm stories

Dulu punya cerita masa zaman Sekolah /spm. Memang dulu ada cita-cita nak jadi penulis novel tapi rasa macam xkesampaian je . dalam boring-boring , capai kertas dan pen maka , terhasillah ini :)




Angin sepoi-sepoi meniup ke taman perumahan ini ,namun belum cukup untuk menyejukkan hati gadis desa ini . Perasaannya yang asyik berkecamuk sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi keresahannya . Sebentar lagi rombongan pengantin lelaki akan tiba , maka tamatlah sudah zaman bujangnya dan pergi lah jua segala masa-masa lapang sebagai anak gadis sunti . Kini dia akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang pernah membuat perasaannya keliru dengan segala persoalan yang mendatang. Gadis ini merenung ke arah cermin ,lama.. Puas dia mencari sinar kebahagiaan disebalik perkahwinan itu , namun dia terpaksa untuk senyum apabila Mak Andam ,menoleh kearahnya .
''Zahara dah cantik  buat apa tenung cermin tu lama-lama ,nanti hilang seri tu ''.Mak Andam bersuara tiba-tiba sambil membetulkan make-up diwajah ku.
 Aku hanya membisu. Aku mengerling jam di dinding 12:00 tengahari ! aku semakin berdebar ,hanya sebentar lagi aku akan sah menjadi isteri kepada Haikal.
 ''kenapa kau tidak segembira sebagaimana yang pernah kau angankan dulu? '' soal hati Zahara.
 ''Bukan aku tidak gembira dengan perkahwinan ini , aku cuma keliru dengan perasaan aku''.balas hati Zahara kembali.
'' kau sepatutnya bersyukur kerana impian kau dulu menjadi kenyataan , kau tak seharusnya kecewa dan mengeluh dengan setiap apa yang terjadi semata-mata kau masih menyintai lelaki tu. Ingat  Zahara, Lelaki tu dah buang kau, bencikan kau dan sudah tiba masanya untuk kau mencari kebahagiaan kau sendiri !!''. Zahara mengeluh, dengan hati sendiri pun dia mati kata-kata apatah lagi kalau bayangan dia sendiri yang menyoal dia sebegitu ! Mak Andam memandang Zahara dengan wajah yang berkerut.
''Zahara ,okey tak ni? ''. Namun belum sempat Zahara membalas terjegul wajah gembira Pn Hayati di muka pintu bilik. 
'' Za, rombongan pengantin lelaki dah sampai , anak mama ni dah bersedia ke belum ? '' soal Puan Hayati.
''Dah mama''. lambat-lambat Zahara menjawab . Namun dia tahu,dia harus melupakan lelaki itu. walaupun masih terasa dengan segala kenangan-kenangan yang pernah mereka lakarkan dulu.Kini Zahara kembali tersenyum.Ya ! dia harus berani dan kuat untuk menghadapi yang mendatang dan bangkit dari masalah yang lalu.

Rona hijau lembut menjadi pilihan Zahara dan Haikal. Diruang tamu sanak saudara sudah pun memenuhi ruang. Aku tersenyum kelat kearah mereka dan pada masa yang sama Haikal sudah berhadapan dengan Ustaz Azhar selaku kadi yang akan menikahkan kami sebentar lagi. Raut wajah Haikal yang bersongkok itu  ku renung lembut, mencari sinar cintanya yang pernah bersinar buat aku seketika dulu. Pandangan mata aku berpaut dengannya buat seketika. Dia tersenyum ke arah ku seolah-olah memberi petanda bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang ketua dan pemimpin rumahtangga yang baik. Aku tertunduk,''Kenapa harus begini !'' jerit hati kecil Zahara.Aku tersentak bila Ustaz Azhar sudah menggenggam erat tangan Haikal. Aku gementar!.

Dan kini , aku sah menjadi Milik Muhammad Haikal bin Idrus!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu aku bangun seperti biasa ,lambat-lambat. terasa malas untuk bangun namun aku gagahkan jua kaki ini untuk melangkah turun ke bawah. satu persatu anak tangga ku pijak dengan keadaan mata separuh terbuka,separuh tertutup. Aku mengerling kearah jam ,Alamakkk sudah 6:30pagi .cepat-cepat aku berlari ke bilik mandi. sepuluh minit berada didalam bilik mandi , terasa air yang membasahi tubuh ibarat duri yang mencucuk. sejuk yang teramat ! 

Maka bermulalah kisah hidup Nur Zahara Binti Alias . semuanya kisah yang sama seperti yang lain .Memandangkan tahun ni,merupakan tahun ''Honeymoon'' bagi pelajar tingkatan 4  ,namun bagi aku tidak ! Aku harus memikirkan tentang masa depan . Tahun peperangan untuk askar-askar SPM !Lamunan aku terhenti bila terdengar derapan kasut tumit tinggi guru sejarah kami , En Zuhari. Aku yang memegang jawatan sebagai ketua kelas untuk tahun ini bangun untuk memberi salam.Masih lagi aku ingat sewaktu kali pertama aku memberi salam ,maklumlah tiada pengalaman .

''Zara, cikgu panggil la. ''. Ifa bersuara dan mematikan lamunanku. Aku terpinga-pinga.''Haa apa dia ?''soal aku yang separuh sedar dari alam nyata dan angan-angan.Budak kelas ni memang sudah terbiasa dengan nama Zara berbanding Zahara . Bila ditanya kenapa , Zahara tu nama macam makcik-makcik. Amboii.
''Cikgu panggil la,yang kau asyik berangan entah apa-apa ni dah kenapa?Angau? kan dah kena panggil dengan Cikgu.''. Ujar Ifa kembali sambil tersenyum. Itulah dia, sahabat yang tak pernah lokek dengan senyuman yang berlesung pipit double. En.Zuhari memandang ke arah aku. Cikgu ni potong line betul la.
''Haa Zara, dah sampai mana berangan awak tu?''



Monday 25 November 2013

First Day PracticaL @ Risda Plantation Sdn.Bhd ( RPSB )

Assalamualaikum , :)

Hari pertama Lyn praktikal , Ya Allah rasa macam nak guling-guling atas lantai punyalahh bosan gilaaa tak tahu nak buat apa . ! IKUtkan sepatutnya hari ni lyn daftar diri kat UPM Serdang , tapi disebabkan oleh keadaan mak Lyn yang tidak mengizinkan maka terpaksalah tukar kat sini. Dah ''short notice'' . 

So nak dijadikan story , pukul 7 siap-siap dah nak sampai pukul 8 pagi Lyn kua rumah , tapi sebelum tu lyn kol kawan Lyn . Dya pun praktikal tapi Lyn xsure sama ada kami sama tempat atau tak ? So dengan keadaan kredit yang xada , kering kontang langsung kosong ni buat Lyn rasa macam nak nangis je . Dia suruh datang dulu tapi masa Lyn dah sampai Lyn tak nampak kelibat dia pun... Lagi laa rasa susah hati ni ,nak kol xde kredit...

suis moto dihidupkan , ( moto ego je ) sampai je pekan lyn terus serbu kedai top-up. kebanyakannya kedai banyak yang belum bukak , tapi nasib baik kedai ni bukak awal .Fuhhh ! Duit yang ayah bagi untuk buat belanja Lyn guna untuk topap , so baki tinggal Rm 3 .  Hmmm :(
Dah tOpap , kena tarik kredit pulak sebab Advance .mahal sangat digi ni. RM3 kene tarikk... Huwaaaargggghhh ! :'(    

Lyn dah kol kawan lyn tu , so lyn pegi kat dia. sembang punya sembang Lyn rasa macam xsure je , macam xsure je so lyn koll daddy. Lyn tanya daddy , daddy ckp pergi je dulu kat Pejabat Risda tu Tanya . So lyn pun pergi. Tak jadi pukul 8pg dah ni , nak dekat pukul 9pagi rasanya....
Sampai-2 je , lyn rasa dup dap dup dap. Aisshh kenapa ni.. Lyn pergi ke tingkat 2 Untuk jumpa staff kat situ tengok dia pun macam terkejut tengok Lyn. Then dia cakap , nape cepat sangat ?Lyn  blurrrr ^..^

Rupanya-2 Lyn short notice so terpaksa lyn dihantar ke RPSB ni untuk sementara waktu... Masuk-masuk tak buat apa pun , ada la dia bagi buku , tapi tak tahulah buku apa laporan tahunan kot yang 2012 punya.  Disebabkan xde keje la nak karang story ni panjang-panjang . Ya Allah bosannye ,Online facebook semuanya dok update pasal Boring , Bosan xde keje . Ingat Lyn je macam tu rupanya kawan-kawan lyn yang lain pun macam tu .Wakakaka ,ishh lambatnya pukul 5ptg ni.... 

Saturday 27 July 2013

cara download fonts2 2 samsung corby










NAK FONTS YANG COMEL DALAM CORBY KORANG ?

Ya allah , setelah semalaman separuh hari Lyn mentelaah je cara-cara nak tukar fonts ni . Hampir putus asa dah sebenarnya . Tiba , tengahari hari ni , nak cuba lagi . sebab  benda ni nak kene SABAR banyak-banyak , Kene Faham betul-betul n Usaha kene LEBIH sikit la kalu nak Fon CORBY korang ada tulisan  iDaman korang . ok ,Jom Lyn Ajarkan




Jom fOllow step-step ni ... 


Bahan -bahan yang diperlukan . Ecece , macam nak masak je kite ni yer...


# SAMSUNG USB DRIVE 


# TK FILE EXPLORER 


# FONT yang korang nak guna tu , pastikan dah ada dalam lappy . Lagi senang sebenarnya .
    boleh juga kalau nak download kat sini http://www.urbanfonts.com/ kalau korang ada link lain selain ni tapi fonts untuk corby  , boleh jugak nk try .Lyn cuma bagi Contoh .


# USB PHONE 

OK DAH READY  ? JOM ....

* Bila korang dah DOWNLOAD LINK TKP & SAMSUNG tadi tu , korang kene Install dulu , baru Sumbangan USB korang dari lappy ke HANDPhone boleh guna . Cari kat Download 



  • matikan MTP screen corby comel anda tu..camne?
             pergi kat keypad > taip *#6870  



  •  * jangan lupe sambung ngan laptop..gne USB

  •  search device manager kat button start lappy... iKUT JE . sebab lyn payah nak jumpa yg ni
  •  Computer > system properties > device manager 
           
           dia akan keluar cegini...ok terus... 



 bile tekan dia akan keluar macam kat bawah...
        then..


 k..nanti kuar macam ni...





  bukak Tk Explorer..





              keluar bende ni...


 da siap tekan ok :)

 lepas tu..




    bile tekan dia akan keluar macam kat bawah.....
         double click AppEx > User > Fonts > Download




  cari font kat mane simpan..
         pastu double click la..otomatik masuk terus...macam kat atas...

  • unplug corby anda...

  • enable MTP screen same cam tadi..
            taip *#6870#


  • restart phone....setting... done!

ni la hasilnye...^^











OK , SIAP . Diingatkan ,INstall dulu Link yang korang download , baru boleh bukak , SABAR PENTING sangat dalam proses ni . bye -bye :)











Saturday 20 July 2013

hanya aku :'(

Ya allah , Ujian apa yang kau beri kat aku ? kenapa sesakit ini UjianMu . Sesungguhnya aku dah xkuat lagi
YA ALLAH ...  Kau buka kan lah hati Dia . Hanya kau yang tahu siapa yang ada dalam hati aku . Aku dah xada sapa-sape melainkan dia . Tapi kenapa Dia suka tuduh aku ..

Semenjak dia balik Kolej die kat Kelantan tu , LIne Digi memang susah nak dapat . Bila aku nak pakai celcom , die xbagi . Xapa , aku terima .. kalau die sanggup nak koll Celcom - digi , Digi- celcom . xpe , tapi sampai bila ?kaya la celcom tu kan . hari-hari kene topup ..

Aku rasa , hubungan aku ngn die dah setahun lebih , tapi bagi aku aku dah lamaaaa sangat kenal dia . Dah macam suami aku . . aku boleh nak faham dia , aku faham keadaan dia . tapi dia ? xkan selama ni dia tak tahu langsung , apa yang aku selalau buat , apa yang aku suka , apa yang aku xsuka ... apa yang paling pantang bila aku dengar ? tapiiii , benda-benda yang menyakitkan aty aku tu lah yang die suka cakap pun ... agaknya dia memang dah tawar hati ngn aku . Hmm :'(

tadi dia ajak aku mesej . kebetulan time tu aku tengah main game , dia pun tahu kalau aku tengah buat something memang aku takkan Fokus dah kat benda lain . Law aq reply pun lambat-lambat je ..
Then dia Call , tanya kenapa xreply . Aku cakap , nak reply laa ni.. xkan die xtahu , aku tengah main game-!
pastu die cakap , xpayah mesej n xnak mesej dah ! bile aku mesej xreply pulakk ...
die suruh aku simpak kredit untuk JANTAN LAIN ! kenapa perlu die nak mention perkataan JANTAN tu besar-besar ! kau paham x , aku suka dengar perkataan tu dari mulut kauu ! ! !pAstu die reply lagi , cakap ''BYE '' Dia kol , sumpah ! memang aku xangkat langsung die kol . Tiba-tiba dia cakap ''jantan mana angkat hp''? aku pelik , ada ke jantan dalam umah sewa aku niii ?pastu kau cakap kat aku babi,  heiii brader agak-agaklaaa, jangn nak melampau sangat . jaga sikit bahasa tu , kalau kau dah takk  sayang aku , baik kau cakap . . jangan nak sakitkan aty aku macam ni. aku pun manusia jugak laaa.. apa la masalah kau ni , aku pun xtahu laaa..

Ya allah , Dia orang yang paling-paling aku sayang , paling  aku cinta . Ini yang dia cakap kat aku.? sedangkan aku semarah manapun aku kat dia ,xkan sanggup aku nak cakap macam tu kat dia ..taapi dia ??



YA ALLAH , AKU   SERAHKAN  URUSAN JODOHKU KEPADA-MU . HANYA KAU YANG MENGETAHUI YANG TERBAIK BUATKU ...


Lagu Hyper-ACT.. Hanya aku  ni betul-betul paham aku buat masa nii ...


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/05/lirik-lagu-hanya-aku-hyper-act.html#ixzz2ZbOfsMau