Pages

Tuesday, 3 December 2013

Pelukis Hati / spm stories

Dulu punya cerita masa zaman Sekolah /spm. Memang dulu ada cita-cita nak jadi penulis novel tapi rasa macam xkesampaian je . dalam boring-boring , capai kertas dan pen maka , terhasillah ini :)




Angin sepoi-sepoi meniup ke taman perumahan ini ,namun belum cukup untuk menyejukkan hati gadis desa ini . Perasaannya yang asyik berkecamuk sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi keresahannya . Sebentar lagi rombongan pengantin lelaki akan tiba , maka tamatlah sudah zaman bujangnya dan pergi lah jua segala masa-masa lapang sebagai anak gadis sunti . Kini dia akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang pernah membuat perasaannya keliru dengan segala persoalan yang mendatang. Gadis ini merenung ke arah cermin ,lama.. Puas dia mencari sinar kebahagiaan disebalik perkahwinan itu , namun dia terpaksa untuk senyum apabila Mak Andam ,menoleh kearahnya .
''Zahara dah cantik  buat apa tenung cermin tu lama-lama ,nanti hilang seri tu ''.Mak Andam bersuara tiba-tiba sambil membetulkan make-up diwajah ku.
 Aku hanya membisu. Aku mengerling jam di dinding 12:00 tengahari ! aku semakin berdebar ,hanya sebentar lagi aku akan sah menjadi isteri kepada Haikal.
 ''kenapa kau tidak segembira sebagaimana yang pernah kau angankan dulu? '' soal hati Zahara.
 ''Bukan aku tidak gembira dengan perkahwinan ini , aku cuma keliru dengan perasaan aku''.balas hati Zahara kembali.
'' kau sepatutnya bersyukur kerana impian kau dulu menjadi kenyataan , kau tak seharusnya kecewa dan mengeluh dengan setiap apa yang terjadi semata-mata kau masih menyintai lelaki tu. Ingat  Zahara, Lelaki tu dah buang kau, bencikan kau dan sudah tiba masanya untuk kau mencari kebahagiaan kau sendiri !!''. Zahara mengeluh, dengan hati sendiri pun dia mati kata-kata apatah lagi kalau bayangan dia sendiri yang menyoal dia sebegitu ! Mak Andam memandang Zahara dengan wajah yang berkerut.
''Zahara ,okey tak ni? ''. Namun belum sempat Zahara membalas terjegul wajah gembira Pn Hayati di muka pintu bilik. 
'' Za, rombongan pengantin lelaki dah sampai , anak mama ni dah bersedia ke belum ? '' soal Puan Hayati.
''Dah mama''. lambat-lambat Zahara menjawab . Namun dia tahu,dia harus melupakan lelaki itu. walaupun masih terasa dengan segala kenangan-kenangan yang pernah mereka lakarkan dulu.Kini Zahara kembali tersenyum.Ya ! dia harus berani dan kuat untuk menghadapi yang mendatang dan bangkit dari masalah yang lalu.

Rona hijau lembut menjadi pilihan Zahara dan Haikal. Diruang tamu sanak saudara sudah pun memenuhi ruang. Aku tersenyum kelat kearah mereka dan pada masa yang sama Haikal sudah berhadapan dengan Ustaz Azhar selaku kadi yang akan menikahkan kami sebentar lagi. Raut wajah Haikal yang bersongkok itu  ku renung lembut, mencari sinar cintanya yang pernah bersinar buat aku seketika dulu. Pandangan mata aku berpaut dengannya buat seketika. Dia tersenyum ke arah ku seolah-olah memberi petanda bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang ketua dan pemimpin rumahtangga yang baik. Aku tertunduk,''Kenapa harus begini !'' jerit hati kecil Zahara.Aku tersentak bila Ustaz Azhar sudah menggenggam erat tangan Haikal. Aku gementar!.

Dan kini , aku sah menjadi Milik Muhammad Haikal bin Idrus!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu aku bangun seperti biasa ,lambat-lambat. terasa malas untuk bangun namun aku gagahkan jua kaki ini untuk melangkah turun ke bawah. satu persatu anak tangga ku pijak dengan keadaan mata separuh terbuka,separuh tertutup. Aku mengerling kearah jam ,Alamakkk sudah 6:30pagi .cepat-cepat aku berlari ke bilik mandi. sepuluh minit berada didalam bilik mandi , terasa air yang membasahi tubuh ibarat duri yang mencucuk. sejuk yang teramat ! 

Maka bermulalah kisah hidup Nur Zahara Binti Alias . semuanya kisah yang sama seperti yang lain .Memandangkan tahun ni,merupakan tahun ''Honeymoon'' bagi pelajar tingkatan 4  ,namun bagi aku tidak ! Aku harus memikirkan tentang masa depan . Tahun peperangan untuk askar-askar SPM !Lamunan aku terhenti bila terdengar derapan kasut tumit tinggi guru sejarah kami , En Zuhari. Aku yang memegang jawatan sebagai ketua kelas untuk tahun ini bangun untuk memberi salam.Masih lagi aku ingat sewaktu kali pertama aku memberi salam ,maklumlah tiada pengalaman .

''Zara, cikgu panggil la. ''. Ifa bersuara dan mematikan lamunanku. Aku terpinga-pinga.''Haa apa dia ?''soal aku yang separuh sedar dari alam nyata dan angan-angan.Budak kelas ni memang sudah terbiasa dengan nama Zara berbanding Zahara . Bila ditanya kenapa , Zahara tu nama macam makcik-makcik. Amboii.
''Cikgu panggil la,yang kau asyik berangan entah apa-apa ni dah kenapa?Angau? kan dah kena panggil dengan Cikgu.''. Ujar Ifa kembali sambil tersenyum. Itulah dia, sahabat yang tak pernah lokek dengan senyuman yang berlesung pipit double. En.Zuhari memandang ke arah aku. Cikgu ni potong line betul la.
''Haa Zara, dah sampai mana berangan awak tu?''



Monday, 25 November 2013

First Day PracticaL @ Risda Plantation Sdn.Bhd ( RPSB )

Assalamualaikum , :)

Hari pertama Lyn praktikal , Ya Allah rasa macam nak guling-guling atas lantai punyalahh bosan gilaaa tak tahu nak buat apa . ! IKUtkan sepatutnya hari ni lyn daftar diri kat UPM Serdang , tapi disebabkan oleh keadaan mak Lyn yang tidak mengizinkan maka terpaksalah tukar kat sini. Dah ''short notice'' . 

So nak dijadikan story , pukul 7 siap-siap dah nak sampai pukul 8 pagi Lyn kua rumah , tapi sebelum tu lyn kol kawan Lyn . Dya pun praktikal tapi Lyn xsure sama ada kami sama tempat atau tak ? So dengan keadaan kredit yang xada , kering kontang langsung kosong ni buat Lyn rasa macam nak nangis je . Dia suruh datang dulu tapi masa Lyn dah sampai Lyn tak nampak kelibat dia pun... Lagi laa rasa susah hati ni ,nak kol xde kredit...

suis moto dihidupkan , ( moto ego je ) sampai je pekan lyn terus serbu kedai top-up. kebanyakannya kedai banyak yang belum bukak , tapi nasib baik kedai ni bukak awal .Fuhhh ! Duit yang ayah bagi untuk buat belanja Lyn guna untuk topap , so baki tinggal Rm 3 .  Hmmm :(
Dah tOpap , kena tarik kredit pulak sebab Advance .mahal sangat digi ni. RM3 kene tarikk... Huwaaaargggghhh ! :'(    

Lyn dah kol kawan lyn tu , so lyn pegi kat dia. sembang punya sembang Lyn rasa macam xsure je , macam xsure je so lyn koll daddy. Lyn tanya daddy , daddy ckp pergi je dulu kat Pejabat Risda tu Tanya . So lyn pun pergi. Tak jadi pukul 8pg dah ni , nak dekat pukul 9pagi rasanya....
Sampai-2 je , lyn rasa dup dap dup dap. Aisshh kenapa ni.. Lyn pergi ke tingkat 2 Untuk jumpa staff kat situ tengok dia pun macam terkejut tengok Lyn. Then dia cakap , nape cepat sangat ?Lyn  blurrrr ^..^

Rupanya-2 Lyn short notice so terpaksa lyn dihantar ke RPSB ni untuk sementara waktu... Masuk-masuk tak buat apa pun , ada la dia bagi buku , tapi tak tahulah buku apa laporan tahunan kot yang 2012 punya.  Disebabkan xde keje la nak karang story ni panjang-panjang . Ya Allah bosannye ,Online facebook semuanya dok update pasal Boring , Bosan xde keje . Ingat Lyn je macam tu rupanya kawan-kawan lyn yang lain pun macam tu .Wakakaka ,ishh lambatnya pukul 5ptg ni.... 

Saturday, 27 July 2013

cara download fonts2 2 samsung corby










NAK FONTS YANG COMEL DALAM CORBY KORANG ?

Ya allah , setelah semalaman separuh hari Lyn mentelaah je cara-cara nak tukar fonts ni . Hampir putus asa dah sebenarnya . Tiba , tengahari hari ni , nak cuba lagi . sebab  benda ni nak kene SABAR banyak-banyak , Kene Faham betul-betul n Usaha kene LEBIH sikit la kalu nak Fon CORBY korang ada tulisan  iDaman korang . ok ,Jom Lyn Ajarkan




Jom fOllow step-step ni ... 


Bahan -bahan yang diperlukan . Ecece , macam nak masak je kite ni yer...


# SAMSUNG USB DRIVE 


# TK FILE EXPLORER 


# FONT yang korang nak guna tu , pastikan dah ada dalam lappy . Lagi senang sebenarnya .
    boleh juga kalau nak download kat sini http://www.urbanfonts.com/ kalau korang ada link lain selain ni tapi fonts untuk corby  , boleh jugak nk try .Lyn cuma bagi Contoh .


# USB PHONE 

OK DAH READY  ? JOM ....

* Bila korang dah DOWNLOAD LINK TKP & SAMSUNG tadi tu , korang kene Install dulu , baru Sumbangan USB korang dari lappy ke HANDPhone boleh guna . Cari kat Download 



  • matikan MTP screen corby comel anda tu..camne?
             pergi kat keypad > taip *#6870  



  •  * jangan lupe sambung ngan laptop..gne USB

  •  search device manager kat button start lappy... iKUT JE . sebab lyn payah nak jumpa yg ni
  •  Computer > system properties > device manager 
           
           dia akan keluar cegini...ok terus... 



 bile tekan dia akan keluar macam kat bawah...
        then..


 k..nanti kuar macam ni...





  bukak Tk Explorer..





              keluar bende ni...


 da siap tekan ok :)

 lepas tu..




    bile tekan dia akan keluar macam kat bawah.....
         double click AppEx > User > Fonts > Download




  cari font kat mane simpan..
         pastu double click la..otomatik masuk terus...macam kat atas...

  • unplug corby anda...

  • enable MTP screen same cam tadi..
            taip *#6870#


  • restart phone....setting... done!

ni la hasilnye...^^











OK , SIAP . Diingatkan ,INstall dulu Link yang korang download , baru boleh bukak , SABAR PENTING sangat dalam proses ni . bye -bye :)











Saturday, 20 July 2013

hanya aku :'(

Ya allah , Ujian apa yang kau beri kat aku ? kenapa sesakit ini UjianMu . Sesungguhnya aku dah xkuat lagi
YA ALLAH ...  Kau buka kan lah hati Dia . Hanya kau yang tahu siapa yang ada dalam hati aku . Aku dah xada sapa-sape melainkan dia . Tapi kenapa Dia suka tuduh aku ..

Semenjak dia balik Kolej die kat Kelantan tu , LIne Digi memang susah nak dapat . Bila aku nak pakai celcom , die xbagi . Xapa , aku terima .. kalau die sanggup nak koll Celcom - digi , Digi- celcom . xpe , tapi sampai bila ?kaya la celcom tu kan . hari-hari kene topup ..

Aku rasa , hubungan aku ngn die dah setahun lebih , tapi bagi aku aku dah lamaaaa sangat kenal dia . Dah macam suami aku . . aku boleh nak faham dia , aku faham keadaan dia . tapi dia ? xkan selama ni dia tak tahu langsung , apa yang aku selalau buat , apa yang aku suka , apa yang aku xsuka ... apa yang paling pantang bila aku dengar ? tapiiii , benda-benda yang menyakitkan aty aku tu lah yang die suka cakap pun ... agaknya dia memang dah tawar hati ngn aku . Hmm :'(

tadi dia ajak aku mesej . kebetulan time tu aku tengah main game , dia pun tahu kalau aku tengah buat something memang aku takkan Fokus dah kat benda lain . Law aq reply pun lambat-lambat je ..
Then dia Call , tanya kenapa xreply . Aku cakap , nak reply laa ni.. xkan die xtahu , aku tengah main game-!
pastu die cakap , xpayah mesej n xnak mesej dah ! bile aku mesej xreply pulakk ...
die suruh aku simpak kredit untuk JANTAN LAIN ! kenapa perlu die nak mention perkataan JANTAN tu besar-besar ! kau paham x , aku suka dengar perkataan tu dari mulut kauu ! ! !pAstu die reply lagi , cakap ''BYE '' Dia kol , sumpah ! memang aku xangkat langsung die kol . Tiba-tiba dia cakap ''jantan mana angkat hp''? aku pelik , ada ke jantan dalam umah sewa aku niii ?pastu kau cakap kat aku babi,  heiii brader agak-agaklaaa, jangn nak melampau sangat . jaga sikit bahasa tu , kalau kau dah takk  sayang aku , baik kau cakap . . jangan nak sakitkan aty aku macam ni. aku pun manusia jugak laaa.. apa la masalah kau ni , aku pun xtahu laaa..

Ya allah , Dia orang yang paling-paling aku sayang , paling  aku cinta . Ini yang dia cakap kat aku.? sedangkan aku semarah manapun aku kat dia ,xkan sanggup aku nak cakap macam tu kat dia ..taapi dia ??



YA ALLAH , AKU   SERAHKAN  URUSAN JODOHKU KEPADA-MU . HANYA KAU YANG MENGETAHUI YANG TERBAIK BUATKU ...


Lagu Hyper-ACT.. Hanya aku  ni betul-betul paham aku buat masa nii ...


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/05/lirik-lagu-hanya-aku-hyper-act.html#ixzz2ZbOfsMau


Tuesday, 4 June 2013

❀ Manisnya sebuah cinta yang HALAL ❀



Suami : Isteriku , terima kasih  . Kerana awak ,  
            telah  melengkapi hidup saya . Jika saya tahu Awak yang bakal menemani saya menuju ke Syurga
            Allah , tak kan saya sia-siakan waktu saya untuk bercinta dengan gadis yang belum tentu dapat
             menjadi kekasih halal buat saya saya . Bagi saya  , Cinta Tidak perlu mencari , Jika sudah tertulis di  
              Loh mAhfuz , maka kita akan bersama :)

Isteri :  sama-sama suamiku . Terima kasih sebab sudi menjadi Imam disetiap kali Solat saya , Pembimbing
            saya kejalan Allah . Bapa kepada bakal anak-anak kita :)


CINTA . . satu-satunya kata ajaib yang mampu melebur perasaan marah menjadi cinta . Rasa Benci menjadi
rindu . Dan perasaan Sayang menjadi suka. CINTA & SAYANG tidak mampu dipisahkan .
Mungkin , bila kita seseorang tu , dan bila kita berhadapan ataupun sedang bersamanya tanpa dia
mengetahui bahawa kita sedang menaruh harapan padanya . Pastinya dada & jantung akan berdegup kencang . setiap bicara dan kelakuan kita seolah-olah x terkawal . Jangan mudah gabra sayang , bertenanglah dalam menghadapi situasi sebegini . Jangan terburu-buru dalam meluahkan rasa . Adalah lebih baik , jika kita sedang jatuh hati pada seseorang , mengadulah kepada ALLAH , sesungguhnya Dia yang maha Mengetahui setiap rancangan Hidupmu . Jika dia adalah yang terbaik untukmu , Insyaallah , Allah akan membantumu .

Usah kau bazirkan usia mu dalam mengejar cinta yang belum pasti buatmu . Kejarlah Cinta Illahi , Dan Insyaallah akan ada Cinta yang baik buatmu untuk di dunia dan Di Akhirat nanti :)


# Maaf , setakat ni shj. semoga bermanfaat ilmu yg ingin saya kongsikan ini . Silap salah saya ,sila maafkan .

Tuesday, 14 May 2013

jAnji yang tErsimpan ...

 à²¥_ಥ  bUkan mengenang pada CINTA yang telah terkubur . Cuma tetiba memori lalu berputar kembali. . kita hanya manusia biasa yang xmampu lari dari kenyataan hidup . siapa yang mampu diantara kita yang dapat lari semua masalah yang hadir dan semua kenangan yang tiba-tiba menyapa kita ? tidak siapa yang mampu walaupun terpaksa menipu untuk menyenangkan hati pihak lain. Kerana Ego dalam diri , kita menafikan segala-galanya . Berfikirlah secara positif sebelum segala-galanya menjadi negatif dan seterusnya menjadi VIRUS tanpa PENAWAR ! 

 Ø¨_ب Aku , satu-satunya insan yang xmampu lari dari CINTA . Ya , aku masih ingat kata-kata Ex Boy aku . ''Kau memang xboleh hidup tanpa CINTA kan ?''.  '' Yaa ,''! kataku... 
bagi aku , cinta sumber kekuatan aku . Bila ada orang yang sudi mencurah kasih , siapa yang mahu menolak ? ibarat kucing mana yang tolak Ikan ??

♣ tapi , bukan topik ini yang mahu aku kongsikan . Ini berkisah tentang Janji antara aku & dia yang telah lama terkubur tanpa pusara yang pasti . Aku mula mengenali dia sewaktu aku berumur 14 , tingkatan dua pada waktu itu . dan pada setiap hujung minggu , aku mengikut ayah saudara aku untuk berniaga dipasar malam yang berdekatan. Didepan gerai ku adalah gerai yang menjual berbagai jenis sayur-sayuran . Dan digerai tempat aku menolong saudaraku pula hanya gerai yang menjual kerepek dan air sahaja . . 

♣ Pada minggu berikutnya , aku mengikut lagi ayah saudaraku . Dan ketika orang sudah lenggang dan membolehkan aku untuk berehat bersantai . Aku mencapai handphone Maklang , maklumlah masa tu aku belum ada'' PAS HIJAU'' untuk memakai handphone sendiri . . secara tiba-tiba aku terpandangkan lelaki didepan gerai aku . Dia tersenyum , aku membalas . Dia membuat isyarat meminta nombor handphone , pada mulanya aku tidak faham dengan isyarat tersebut ,tetapi setelah diamati aku mengerti lantas aku menggeleng tanda tidak punya nombor . . hari semakin lewat , malam kelam mula menyapa , aku dan yang lain-lain mula mengemas apa yang patut . Dan tiba-tiba aku didatangi Dia ..........

♣ Nombor masih ditangan . dengan apa aku nak Call dia ? Aku dah cakap , aku xada Handphone..  dengan nombor yang masih bertulis diatas kertas ku sisipkan ke poket seluar .. Pada keesokan hari , aku cuba hubungi dia dengan menggunakan telefon bimbit kawan, tapi topap aku sendiri isi laaa...  Dan start pada hari itu , aku mula berhubung sehingga lah dia berikan aku telefon bimbitnya untuk memudahkan kami untuk berhubung . Tapi ,, aku harus sembunyi-sembunyi guna handphone ..kalau kantoii ,habislaahhhh ! 

♣ Aku mula menjalin cinta dengannya . Aku yang masih ditingkatan Dua , dan Dia ditingkatan Empat . Tapi , sekolah yang lain-lain . Pernah satu hari , dia dan kawannya datang menjemput aku pulang . tapi takat belakang KFC je yang mampu . Itupun atas permintaan ku .. BAHAYA BEB !  Katanya, aku perempuan pertama dalam Hidup . boleh percaya x?? tapi , aku tengok dia macam kekok dalam segala hal cinta .pegang tangan pon dia xnak ,, pelikk ! tapi lama-kelamaan aku mula mengerti . bahawa mindanya masih kosong dalam CINTA . tidak mengapa , aku akan MENGISINYA ...

♣setiap kali ada masa terluang , kami berjumpa . Merajuk , cemburu pastinya ada . Gaduh-gaduh manja pada mulanya , lama-kelamaan . GADUH ribut dehh .. Kami berjumpa tidak berdua , dia membawa peneman , begitu jua aku . Emm , kawan aku dah jadi syok kat kawan diaa , Nama pon nak dekat sama ngn pakwe aku masa tUe . Bila bersembang ngan kawan aku . Mesti tersasul yang lain .HaHaHA.. 

♣ Cinta kami berlarutan sehingga aku ditingkatan 5 , dan dia dah habis pengajian . sepanjang itu pun , kapel putus - kapel putus . macam-macam janji yang telah diukir . angan-angan kahwin ,bilangan anak , .. tapi semua tu...... bila aku rasa yang hati dia semakin tawar untuk aku ,membuat aku berfikir . masih adakah aku dalam hati dia ? masih maniskah rindu dia kat aku ? dAn sejak tu , aku mula aktif dalam dunia maya iaitu Facebook . DAn dalam facebook , aku meluah segala rasa yang terpendam . Request friend yang aku terima , aku confirm tanpa melihat satu persatu siapakah mereka. Dia tidak mahu ada relay dalam facebook sebab takut malu dengan family. logikkah ?? sedangkan keluarganya tahu siapa aku ...tapi aku terima dengan haty yang terbuka tanpa berfikiran positif .kerana sayang kuturutkan segala sakit yang ada dalam hati .ku relakan segala perbuatannya yang selalu mengabaikan aku .dia lebih mementingkan bola dari aku . andai ada kuasa magik ,ingin aku berubah menjadi bola agar selalu dekat dengannya walaupun aku tahu ada kemungkinan aku untuk disepak seperti bola-bola yang lain.. 

♣ berminggu-minggu aku diabaikan tanpa rasa rindu dihatinya . Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki difacebook. . dAn hati aku telah berpaling kearah lelaki baru ni. Dan sejak pada tu ,kami mula berhubung melalui Webcam ,handphone dan skype.. Hilang segala cinta, rindu ,kasih dan sayang aku pada siDia yang telah membuang aku tanpa pamitt .. Selalunya aku susah untuk buang dia , tapi bila difikirkan balik sampai bila aku nak jadi patung boneka untuknya lantas aku buat keputusan untuk memilih lelaki yang kukenali di facebook . Betapa berkecainya hati ,tapi aku tahankan jua air mata yang ingin mengalir ..  



♣DaN Sehingga kehari ini , sudah tiada khabar berita darinya . Aku mendoakan agar dia berjaya dalam hidup :) dan bahagia disamping insan yang disayangi ..



Assalamualaikum

2 hari yang lalu , aku diajak oleh jiranku untuk pergi ke Pulau Banding , Katanya ambik pengalaman la sikit . Dah pernah rasa naik Houseboat ? katanya kepada aku . Aku menggeleng tanda tidak pernah .

Tiba la hari yang dinantikan . Segala pakaian dan keperluan lain telah kubawa bersama . Charger Handphone? Emm, tidak perlu rasanya . Sebab bila dah ada kat sana , LINE COVERAGE untuk semua jenis CELCOM ,MAXIS , TUNE TALK ,.  DIGI pon xada walaupun dalam iklan orang kuning tembam tu selalu ikut kita kemana-mana . huhu.!

sesampainya aku dari Grik ke Pulau Banding yang mengambil masa kira-kira hampir 2jam dengan jalan yang mampu menbuat kepala agak sedikit pening bagi mereka yang tidak biasa melalui jalan itu. aku sedikit teruja dengan Saiz houseboat yang ada kat depan mata . Sangat luas dan besar . dilengkapi dengan Tv , tandas , bilik mandi dan dapur . Ditingkat atas , terdapat 2 bilik dan 1 kawasan lapang yang masih dalam proses pembinaan . Tidak mengginakan simen atau batu-bata tetapi hanya menggunakan kayu kayan yang telah diukir cantik.

Setelah itu , feri mula bergerak . kata mereka kami akan bermalam dipulau 7 . sebelum ini ,aku dah selalu ikut keluarga ke pulau ini tetapi hanya menaiki bot persendirian milik ayah . seingat aku , aku tidak pernah sampai kepulau 7 ini . Dan perjalanan ke pulau 7 mengambil masa 1 jam setengah dengan kadar pergerakan yang perlahan.

sesampainya dipulau 7 itu ,kami dihidangkan dengan lauk makanan kampung. Ikan goreng , ulam-ulaman,sambal belacan,dan gulai lemak ikan . Yang bestt sekali , ikan Free , air free tau :)

xperlu pikir dunia luar bila dah masuk pulau nii . sebab semua tu akan hilang sendiri . suasana yang tenang ditambah lagi denagn angin yang sepoi-sepoi dan kicauan burung seolah-olah mendekatkan lagi diri dengan tumbuh-tumbuhan ..

melihatkan anak-anak muda yang lain dengan beraninya terjun ke pulau tanpa jaket keselamatan , bagi kanak-kanak disarankan agar memakainya bagi mengelakkan dari perkara yang tidak diingini dan dalam pengawasa orang dewasa . Aku semakin teruja dan lantas aku terjun sekali . . Bagi menambah pengalaman , kami dibawa ke Air terjun . Sejukkk nya air . membuatkan aku xnak balik ....


Dan kini , tibalah masa untuk pulang. mungkin tidak banyak yang ku ceritakan disini kerana terlalu banyak kisah yang xdapat digambarkan dengan kata-kata . jika ingin lebih pengalaman , boleh hubungi saya .

dan disini, saya lampirkan beberapa Foto untuk anda :)















Saturday, 20 April 2013

gila-gila EDit °

Hye . Hahaha.. tak tahu lah kenapa sejak du tiga empat lima nam menjak ni rajin sangat nak edit gambor .

maklomlah , xde keje nak buat .Ini lah jadi nya . jOm tEngOk .Law ada Komen , sila tinggalkan yer :D


                                                      °  Lokasi : Kolej Risda ,Hall °

                                                     °  Lokasi :Kolej Risda ,Hall °

                                               
                                        ° Lokasi : Hutan kain percha , Negeri Lapan °




                                           ° Taman Cinta  °



Wednesday, 17 April 2013

° FINAL EXAM °





Hye . Assalamualaikum

bagi korang yang pelajar Institusi tu , mesti dah masuk minggu FINAL kan ? Lepas FINAL , Cuti . Wahh , Best lah korang kan , dok Goyang kaki kira bulu kucing je kat umah pass nie.. ... :)

Korang .Korang ! GudLuck Yauw. I know You cAn . ^_^

------------------------------------
 INI TIPS UNTUK KORANG :)
------------------------------------
 ° Persediaan Fizikal / Intelektual

belek-belek la balik buku korang yang agak dah nak berhabuk tu ..heee ( bagi yang malas jelaa).. Korang cek balik tang mana yang korang xbapa nak paham lagi xretii tu nah .... Bincang lha ngan kawan-kawan hangpa . Study ramai-ramai lagi baguih , nak baguih lagi bawak la cikgu / lecture korang tu lepak study skali sambil ngunyah cekelat .. *cheh* hehehe....

 °Tidur awal

korang , Haaa .. Tidur awal tu yang penting . Alaa , dalam pukul 11-12 gitu . jangan lah nanti mak tanya , kenapa awal sangat  tido, jam baru pukul 8 kang hangpa pi cakap ''Esok exam mak , kena tidoq awai '' Kepala hotaq hang ! haaa , ambekk ...( ada ka mak hangpa kato lagu tuu )  ..
  
°Persediaan Mental / Rohani

 Dekatkan diri dengan Maha Pencipta dulu . 

Jangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji.  Terlalu leka sampai ‘terlupa’.  Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat.  Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya.  Korang lagi hebat benda-benda macam ni.   Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah.  Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.
Tapi harus diingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak pekse.  Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat.  Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak.  Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim..



 

Wednesday, 3 April 2013

* CINTA 2010 *

Tahukah engkau betapa tersiksanya hati ini

Apabila tiada khabar darimu ...

Peritnya jiwa seakan-akan gila...

Ku telah mencintaimu melebihi dari segalanya ...

Ku telah menyayangimu setulus hati yang mungkin..

Tapi apa yang aku dapat ..?

Hanyalah berita yang membuat hatiku sakit ..

Hargailah kasih ...

Cinta ini hanya Untukmu ..


* Daripada Aku yg Tulus MencintaiMu *


✿ NurHaslinda Binti Zahid ✿

  ... ✿ ... NUrHaslinda Binti Zahid ..✿..





Wednesday, 27 March 2013

✿ Keputusan Hati ✿

                                               (o⌒.⌒o) ≧◔◡◔≦ (o⌒.⌒o)


Ku tak tahu mengapa aku ...
Begitu sulit melepasmu pergi ..
.Ku tak tahu mengapa aku.
.Begitu sakit melepas dirinya ✿

 Mungkinkah aku terlalu memaksa..
.Jika ku ingin ada keduanya...
Yang aku tahu Aku mencintai dia...
Yang aku tahu
Begitu pula dirinya
Tak habis habis
Kucurahkan isi hatiku ‘tuk keduanya
Tapi mustahil bila ku terima semua
Biarkan ini jadi keputusanku
Ku rasa sekarang ku coba sendiri
Karena tak bisa ku memilih


 



 

Monday, 18 February 2013

Masih adakah Harapan itu?

                                          Assalamualaikum wahai bakal IMAM ku .. ≧◔◡◔≦

☎ korang bercinta? sedang hangat bercinta ? sedang dilamun cinta ?

☎ korang sayang dia ? cinta dia ? sayang dia sampai xingat dunia?


Malam ni, CSGMJ sedey. sedey bile dapat 1 berita ni. lebih-lebih lagi dari mulut orang yang kiter sayang .. yess ! aku betul-betul cintakan dia. sayang dia sepenuh haty . nak dia jadi hak mutlak aku.. tapi , agak perit sikit bile orang tua xdapat terima kiter dengan sepenuhnya .. kalau dulu  die gtaw , mungkin agak lemah semangat sikit .. tapi kali ni , aku cuba nak fikir dengan cara matang & positif . mungkin orang tua die xkenal aku ,aku paham.. Orang tua nakkan anak die bahagia , xnak tersilap buat pilihan sebab mereka dulu yang lebih makan garam ..
. ◕

  sayang , tiada apa yang saya takuti melainkan satu hari nanti orang tua awak nak awak buat pilihan antara saya atau mereka ? saya tahu , bukan saya yang ada disaat awak sakit , saat awak dilahirkan , membesarkan awak , menjaga awak ... itu mereka . saya hanya wujud bila awak dah lihat dunia , dah lihat fenomena dunia luar .. saya kenal awak bila awak semakin membesar , ingin mencari erti hidup yg sebenar .
saya tahu , saya pernah lukakan haty awak , mainkan perasaan awak .. sampaikan orang tua awak xbagi awak ada hubungan ngan saya .. Maafkan saya , itu cerita lalu.. ◕

  awak , saya betul-betul nak jaga haty awak , maafkan kesilapan saya yang lalu .. saya tahu niat awak terhadap saya tu baik .. saya nampak keikhlasan awak dalam hubungan kita . saya tahu hati awak hanya untuk saya .. awak sanggup buang malu awak untuk buang air mata awak semata-mata untuk saya . awak sanggup berkorban untuk saya .. awak sanggup untuk segala-galanya .. bukan wang yang saya pandang kat awak , tapi kerana sayang dan cinta awak yg tulus untuk saya lebih menghargainya .. Saya sanggup tunggu awak bertahun-tahun lagi.. walaupun saya selalu usik awak ajak kahwin , tapi awak asyik menolak sebab nak belajar dulu , nak capai kejayaan dulu. it's okay .. saya pon inginkan perkara yang sama .. saya pon nak pegang jawatan yang tinggi bila dah berjaya nanty .. saya sayang awak , saya pun nak tengok awak berjaya , nak tengok awak genggam ijazah atau lebih lagi... :) kalau awak sanggup untuk saya , mengapa saya tidak ??  ◕




                                                                                           salam sayang dari bakal makmum awak :
                                                                                               ≧◔◡◔≦ NurHaslinda


* Doakan kesejahteraan hubungan kami :)