Pages

Sunday, 16 December 2012

MACAM-MACAM HaL ...

aSSALamualaikum... hye, SELAmat petang :)


lyn sejak dua menjak ni asyik xpuas haty je ngn LAYOUT yg Lyn letak . asyik nak tukar yg baru jer... nk tgk..?


ni yg asal ..




pastu , yg niyh ( preview )



pastu tgk , mcm ad yg xkena jer.. tukar balik mcm yg no 1..tapi xsme pulak ,, tapi xpelah kan...


akhir sekali ,,

hahaha, lepas ni TUKAR lagy ...

kisah CINTA seorang GADIS :'D

Aku pernah bercinta . sayang seorang lelaki sepenuh jiwa .Mungkin suatu hari nanti ,aku akan kahwen dengan dia . Tak ada apa yang dapat halang cinta aku . Angkuhnya aku berkata-kata . Suatu hari dia minta putus ,Dia kata hubungan kita dah x macam dulu . hati aku sebak sangat . Aku tak pernah terfikir benda ini akan terjadi . Hubungan selama setahun ini kononnya akan abadi selamanya . berbulan bagai nak mati kami bercinta . Tetibe jew hilang . Macam hidupkan lampu untuk hilangkan bayang-bayang . Aku menangis sebab tak caye ngan sume ni. Hati aku sakit sampai aku menangis . aku tertanya-tanya pada Allah  kenapa dia layan aku macam ni ? Suatu malam selepas solat aku duduk bertakafur dan fikir macam-macam benda . Tiba-tiba aku menangis . bila nama Allah aku seru , aku sedar siapa yang lebih menyayangi aku . aku menangis tidak terhenti .. baru aku tahu , bila bercinta dan selalu berjumpa dengan dia , kalau sebulan dua kali setahun dah berapa .. berapa pula sebatan yang aku dapat kat neraka kalau di hari akhiratdah tentu berganda ...


Astagfirullah hala'a'zim.... baru aku nampak . Masa tengok tv bukan main seronok ,sampai lupa asar ataupun Zohor . kalau lambat balik , maghrib dah terlepas . kalau keletihan , tidur ,esok mesti tak bangun subuh . Dengan Allah makin jauh..Ya Allah , betapa lalainya hidup aku .dulu aku pernah bercita -cita nak jadi Muslimah sejati, TApi belum apa-apa solat dah tinggal .Malunya aku nak menghadap Engkau Ya Allah .

Setiap kali call dah beringgit-ringgit hangus .balik-balik cakap benda yang sama .I  LOVE YOU , U LOVE ME ? bila merajuk nak kene pujuk pulak . tak pernah cakap hal-hal agama ,sebab  rasa macam potong stim jr . tak pernah kita orang saling mengingati untuk solat lima waktu , tak pernah cukup. Jumpa kiblat pun jarang , Astagfirullahalazim ,setelah apa peluang untuk bertaubat ( menangis menyesal ) ..nak tadah tangan untuk berdoa pun aku malu . Allah sayangkan aku , aku buat tak tahu ..aku angkuh dan lupa Allah handle semua jodoh . dulu aku dekat dengan Tuhan , lepas ' Couple ' aku dengan Tuhan makin jauh .. sia-sia tinggalkan kesan , sedangakan air mata taubat kalau mengalir dapat mencuci dosa-dosa yang aku buat. Bila aku tengok sekeliling ,semua orang bercakap soal cinta . tapi tak pernah pulak tengok diorang ada masalah dalam cinta , Sebab setiap sujud malam ada yg temankan . takde pulak orang rasa tertipu dan disakiti . Janji-janji manis syurga dan segala isi ,jadi aku serahkan segala jiwa dan cinta pada yg lebih berhak .  Pada dia yang memberiNya tak pernah sikit . untuk dia aku hidup dan untuk dia aku mati . Ya Allah ...

Sunday, 9 December 2012

tips pemakaian Blusher







“Pipi merah bak pauh di layang, kulit mulus umpama sutera nan halus.” Pernah dengar pepatah ni? Hah, pasti kamu semua mengidamkan pipi merah bak pauh dilayang bukan? Tahukah kamu, sebenarnya penggunaan pemerah pipi dengan teknik yang betul mampu memberi kesan yang cantik pada wajahmu. Ia bukan sahaja menampakkan muka kamu lebih tirus dan berbentuk bujur sirih, malah menampakkan kamu lebih segar dan bermaya. Nak tahu empat tip pemakaian pemerah pipi dengan betul dan teknik aplikasi yang betul? Jom baca artikel ini selanjutnya.

4 tip memakai pemerah pipi

1) Jika kamu mahu pakai pemerah pipi pada siang hari, pastikan warnanya lembut dan tidak terlalu terang. Ini kerana, pemakaian pemerah pipi yang terang seharusnya dipakai sewaktu malam dan bukannya siang.
2) Jika kamu memiliki kulit yang berminyak dan agak kuat berpeluh, elakkan daripada memakai pemerah pipi berbentuk gel atau cecair. Ini akan menyebabkan kulit kamu nampak basah dan sangat berminyak. Konklusinya, gunakan jenis pemerah pipi debu.
3) Pemilihan warna pemerah pipi perlulah betul. Kamu boleh memilih warna yang seakan-akan warna pipi kamu selepas bersenam atau dalam keadaan kesejukan untuk nampak lebih semula jadi.
4) Pastikan solekan pemerah pipi dilakukan sebagai langkah yang terakhir dalam solekan supaya kamu boleh mengagak setebal mana pemerah pipi yang harus kamu pakai.

Teknik Aplikasi Mengikut Bentuk Wajah!

BUJUR : Wah, kamu yang memiliki bentuk muka seperti ini sangat bertuah kerana kamu tidak memerlukan teknik pemerah pipi yang melampau. Ini kerana tulang pipi kamu sudah sedia kala naik dan seakan-akan memakai botoks gitu! Tapi, untuk nampak lebih comel dan segar, apa kata sapukan pemerah pipi pada tengah pipi kamu. Sekiranya kamu ingin ke jamuan makan malam pula, kamu boleh sapukan pemerah di bahagian hujung hidung dan batang hidung untuk nampak lebih glow.

HATI : Bagi kamu yang memiliki muka berbentuk hati, untuk melembutkan bentuk dagu dan melebarkannya, sapu pemerah pipi di bawah tulang pipi kamu serta gabungkan highlighter di sekeliling dagu dan sepanjang rahang untuk mengimbangi wajah. Ini kerana, kamu memiliki bentuk muka yang tajam dan nampak agak kasar.

BULAT : Untuk nampak muka yang lebih kecil dan tirus, kamu perlu menyapukan pemerah pipi yang agak terang di tulang pipi kamu. Elakkan daripada penyapu pemerah pipi berdekatan dengan kawasan hidung dan bawah mata. Jika tidak, ia akan lebih membuatkan muka kamu kelihatan kembang dan tembam seperti pau. Apa kata kamu gunakan pemerah pipi yang agak gelap di bawah rahang kemudian ratakan ia dengan bedak debu lembut untuk memberi kesan yang lebih menawan.

PANJANG : Sapukan pemerah pipi di tulang pipi kamu dengan warna yang terang hingga hampir ke telinga. Teknik ini ia akan melebarkan wajah yang tirus dan menampakkan ilustrasi yang melebar. Akhir sekali, cuba kamu sapukan pemerah pipi yang berwarna gelap sedikit di dagu untuk nampak lebih seimbang.

SEGI EMPAT : Tumpukan warna yang terang di tulang pipi kamu, kemudian gerakan berus kamu ke bahagian atas di tepi mata untuk membangkitkan wajah. Untuk melembutkan tepi rahang pula, kamu perlu sapukan warna yang agak gelap daripada bahagian dagu hingga ke paras telinga dan tidak dilupakan juga bawah tepi tulang pipi.

SOLUSI :)




ikat nikmat dengan syukur !

Allah menjanjikan kepada orang MUKMIN untuk mengurniakan tambahan nikmat-Nya jika mereka MENGIKAT NIKMAT TERSEBUT dengan rasa penuh kesyukuran . ibn 'Ataillah berkata : ''sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat , maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. dan sesiapa yang mensyukurinya , maka dia telah mengikatnya dengan tali ''.

ingin menjadi gadis idaman LELAKI ?



Misi kamu sebagai seorang perempuan, bukanlah sekadar memenangi hati si dia tetapi kamu haruslah pandai mengambil hati teman-temannya juga. Pada saat beginilah kamu sebenarnya dapat memiliki hatinya secara menyeluruh. Oleh itu kamu harus...
 
1. Menjadi lebih fleksibel
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada  sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!
 
2. Tahu bergurau
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para  lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu  gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak. 
 
3. Menjadi lebih aktif
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang  cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata,  jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja!
 
4. Tunjukkan yang kamu prihatin
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain.  Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

kawen muda ? apa salahnya !





 Benar atau tidak berkahwin muda selalunya tidak akan berkekalan sehingga ke hari tua ? Pelbagai andaian yang dibuat hingga menyebabkan golongan remaja takut untuk mendirikan rumahtangga di usia muda. Namun, jika benarlah anggapan itu, mengapa orang-orang ‘veteran’ masih boleh bernafas sehingga kini, sedangkan hampir kesemuaan dari mereka berkahwin di usia muda ? Berhenti berfikir benda yang negatif, mula fikir sesuatu yang positif ayuh pelajari 5 benda yang harus kamu titik beratkan sekirannya kamu mahu berkahwin di usia muda.

1. Berfikiran Matang
Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.

2. Jangan Ada Rahsia
Hubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga dengan kamu.

3. Luangkan Waktu Bersama
Jika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya. Maka, tidak hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan kamu. Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan melalukan aktiviti yang berfaedah.

4. Buang Ego Yang Tinggi Melangit
Perasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apasalahnya bertolak ansur lah sedikit.

5. Give and Take
Tidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa mesti begitu? Seharunya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua.

Maafkan Hati Ini :'(

  • Tlah Tiba Waktunya...
    Untukku menyatakan...
    Padamu sebenarnya, apa yang ku rasa...

    Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu...
    Walau ku tak bisa menjadi milikmu
    Juga sebagai yang tercinta
    Di hidupmu.

    Kekasih yang ku cinta
    Kekasih yang ku mau
    Ku tau saat ini
    Kau masih ragu...
    [ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/n/nikita+willy/maafkan_20987691.html ]
    Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu...
    Walau ku tak bisa menjadi milikmu
    Juga sebagai yang tercinta
    Di hidupmu.

    Ohhh...

    Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu...
    Walau ku tak bisa menjadi milikmu
    Juga sebagai yang tercinta

    Sungguh bukan maksudku...
    Untuk memaksamu menjadi milikku
    Yang slama ini sudah menemaniku
    Untuk sebagai yang tercinta
    Di hatiku...

    Uhhh...

Saturday, 8 December 2012

Mwaddah Warrahmah

jom belajar :) 

Andai SYAITAN itu boleh dilihat , pasti kita akan mengenal pasti terlebih dahulu fizikal syaitan . pedang , parang , meriam dan segala jenis senjata dan alat pertahanan diri disediakan untuk melawannya .
  tetapi , melawan bisikan syaitan tidak memerlukan semua item diatas . kenali karakter syaitan dan sentiasa berhati-hati agar kita sebagai manusia tidak mempunyai karakter yg sama seperti syaitan. 

 
ஜ LEMAH : 
  '' Aku x kuat melawan syaitan ; kata seorang muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah . , maksudnya :'' Sesungguhnya ,tipu daya syaitan adalah lemah .'' ( surah al-nisa' 4:76)

*sebenarnya manusia itu kuat dan berupaya melawan syaitan yg lemah 


ஜ PENDUSTA :
 dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam , syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta . janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yg benar .

ஜ ILHAM BATIL :
  formula ini paling sukar untuk manusia kesan. sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia , hatta manusia itu sedang membuat kebaikan , syaitan pasti hadir untuk memberi ilham yg batil . Contohnya ,orang yg sedang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukan selepas solat ,


ஜ KETAWA ATAS KEJAHATAN :

jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yg memandu melebihi had yg ditetapkan , syaitan pula boleh melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan . syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan .

Sunday, 2 December 2012

hye My Mr Arjuna

Auuwwcaxx ! Haa , berani yer masuk blog Lyn.. hAAA, Awak yg b'nama Afiq ... Awak ingt sy xtahu apa awak buat yer, awak lupe yer ad CCTV kat atas tue,, Apew gelak-2 ? puukkk kang

hOhO , saje nak menyemak lagy .. td lyn tunjuk video yg Lyn wat sendiri , tpy kali ni video khas dtgnye dari sang Arjuna Lyn ,thanks sayang :)

Video lagy

hye , tetibe teringin nak berceloteh kat diary Blog pepagi bute niyh . Lyn ta boleyh tido , sang Arjuna Lyn da nyenyak tidor, maklumlah esok exam , Final la katakan .. do the best lha syg yer :)

ouh , ya..lyn adew wat video ,da siap upload lam youtube lagy ni haa,, maaflah law ad salah n silap lam pembikinan filem pendek niyh ..haha