Pages

Saturday, 8 December 2012

Mwaddah Warrahmah

jom belajar :) 

Andai SYAITAN itu boleh dilihat , pasti kita akan mengenal pasti terlebih dahulu fizikal syaitan . pedang , parang , meriam dan segala jenis senjata dan alat pertahanan diri disediakan untuk melawannya .
  tetapi , melawan bisikan syaitan tidak memerlukan semua item diatas . kenali karakter syaitan dan sentiasa berhati-hati agar kita sebagai manusia tidak mempunyai karakter yg sama seperti syaitan. 

 
ஜ LEMAH : 
  '' Aku x kuat melawan syaitan ; kata seorang muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah . , maksudnya :'' Sesungguhnya ,tipu daya syaitan adalah lemah .'' ( surah al-nisa' 4:76)

*sebenarnya manusia itu kuat dan berupaya melawan syaitan yg lemah 


ஜ PENDUSTA :
 dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam , syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta . janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yg benar .

ஜ ILHAM BATIL :
  formula ini paling sukar untuk manusia kesan. sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia , hatta manusia itu sedang membuat kebaikan , syaitan pasti hadir untuk memberi ilham yg batil . Contohnya ,orang yg sedang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukan selepas solat ,


ஜ KETAWA ATAS KEJAHATAN :

jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yg memandu melebihi had yg ditetapkan , syaitan pula boleh melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan . syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan .

No comments:

Post a Comment